Perlantikan

 406 (iii) mengemukakan dokumen pertukaran pelantikan yang mengandungi surat tawaran, borang opsyen dan syarat pertukaran pelantikan kepada PBM agensi baharu untuk kelulusan dan perwakilan kuasa (jika berkenaan); (iv) menyampaikan dokumen opsyen kepada pegawai yang terlibat melalui Ketua Jabatan agensi asal (sekiranya diberi perwakilan kuasa oleh PBM); (v) memberi taklimat kepada pegawai mengenai syarat pertukaran pelantikan; dan (vi) merekodkan semua perubahan berkaitan perkhidmatan pegawai berikutan pelaksanaan opsyen pertukaran pelantikan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan dan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS). (c) Pegawai (i) meneliti dan memahami syarat-syarat opsyen yang ditawarkan; (ii) membuat pilihan dan mengembalikan borang opsyen kepada Ketua Jabatan agensi baharu mengikut tempoh yang dinyatakan dalam surat tawaran melalui Ketua Jabatan agensi asal; (iii) pegawai yang menerima opsyen, melaporkan diri bertugas pada tarikh yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan agensi baharu; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy