405 BAHAGIAN IV PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 8. Peranan dan tanggungjawab Ketua Jabatan, Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dan pegawai bagi urusan pertukaran pelantikan kerana pembubaran agensi awam adalah seperti berikut: (a) Ketua Jabatan Agensi Asal (i) mengemukakan maklumat kepada Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO), JPA mengenai perjawatan yang terlibat bagi tujuan pemansuhan jawatan; (ii) mengemukakan maklumat pegawai yang menolak opsyen pertukaran pelantikan kepada Bahagian Pencen, JPA bagi urusan persaraan pegawai yang layak; dan (iii) mengemukakan maklumat pegawai menamatkan perkhidmatan kerana menolak opsyen pertukaran pelantikan kepada PBM agensi asal untuk makluman. (b) Ketua Jabatan Agensi Baharu (i) memaklumkan keputusan Kerajaan kepada BPO, JPA dan salinan kepada Ketua Jabatan agensi asal; (ii) mengemukakan maklumat kepada BPO, JPA mengenai perjawatan yang terlibat bagi tujuan pewujudan jawatan;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy