Perlantikan

 404 (c) Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) PGT pegawai adalah mengikut jawatan asal. PGT pegawai di jawatan asal pada tahun pegawai layak ditukar lantik hendaklah diberi mengikut prinsip di perenggan 6(d). (d) Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) TPG pegawai adalah mengikut TPG di jawatan asal. TPG pegawai pada tahun berikutnya selepas pegawai layak ditukar lantik kekal mengikut TPG jawatan asal. (e) Pengesahan Dalam Perkhidmatan Pegawai dalam tempoh percubaan boleh disahkan dalam perkhidmatan di jawatan asal sekiranya telah memenuhi semua syarat pengesahan yang ditetapkan mengikut jawatan asal. Ketua Jabatan hendaklah menguruskan perkhidmatan pegawai yang belum memenuhi syarat pengesahan mengikut syarat skim perkhidmatan di jawatan asal. (f) Kekananan Kekananan pegawai adalah dikekalkan mengikut kekananan di jawatan asal. Kekananan pegawai selepas layak ditukar lantik akan ditentukan mengikut prinsip di perenggan 6(h).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy