403 Pegawai yang telah membuat pemeriksaan kesihatan, akuan berkanun, aku janji dan tapisan keselamatan semasa di jawatan asal dikecualikan daripada memenuhi syarat tersebut di jawatan baharu. (t) Hubungan Dengan Skim Perkhidmatan/Perkhidmatan Asal Hubungan pegawai dengan perkhidmatan asal terputus kecuali bagi maksud faedah persaraan dan kemudahan dalam perkhidmatan yang diberi menggunakan tempoh perkhidmatan. Contoh: cuti rehat, cuti haji, cuti tanpa gaji dan kelayakan pinjaman. 7. Bagi pegawai yang menerima opsyen pertukaran pelantikan disebabkan pewujudan/pindaan/penjumudan skim perkhidmatan dan dikekalkan dalam skim perkhidmatan itu secara KUP bagi tempoh tertentu kerana belum memenuhi syarat kelayakan akademik, atau syarat-syarat khas yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti tempoh perkhidmatan menggantikan syarat kelayakan akademik yang ditetapkan, kedudukan perkhidmatan pegawai adalah seperti berikut: (a) Pertukaran Pelantikan Ke Jawatan Baharu Pegawai hanya layak ditukar lantik ke jawatan baharu sehari selepas pegawai memenuhi syarat pertukaran pelantikan yang ditetapkan. (b) Gaji Gaji pegawai kekal mengikut gaji di jawatan asal secara KUP. Pegawai layak menerima gaji pertukaran pelantikan di jawatan baharu sehari selepas memenuhi syarat pertukaran pelantikan yang ditetapkan mengikut prinsip penetapan gaji pertukaran pelantikan seperti di perenggan 6(c)(ii).
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy