402 Kenaikan pangkat pegawai adalah tertakluk kepada syarat skim perkhidmatan di jawatan baharu. Tempoh perkhidmatan di jawatan asal boleh diambil kira sebagai tempoh melayakkan untuk urusan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan (time-based) kecuali jika pegawai ditukar lantik ke gred jawatan lebih tinggi. (o) Keperluan Mematuhi Akta, Peraturan Dan Undang-Undang Pegawai akan sentiasa tertakluk kepada akta, peraturan dan undangundang yang berkuat kuasa. (p) Ketua Perkhidmatan Ketua Perkhidmatan pegawai ialah ketua bagi skim perkhidmatan yang pegawai ditukar lantik atau yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. (q) Penempatan Penempatan pegawai adalah seperti mana yang diarahkan oleh Ketua Perkhidmatan/Ketua Jabatan mengikut mana-mana yang berkenaan. (r) Pemakaian Syarat Skim Perkhidmatan/Perkhidmatan Baharu Pegawai adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan/perkhidmatan di jawatan baharu kecuali dinyatakan sebaliknya dalam syarat pertukaran pelantikan. (s) Syarat Pelantikan Yang Dikecualikan
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy