Perlantikan

 401 Taraf berpencen pegawai di jawatan asal adalah dikekalkan dan tidak perlu ditawarkan opsyen Skim KWSP di jawatan baharu. Pegawai yang tidak memilih Skim KWSP semasa di jawatan asal tetapi belum diberi taraf berpencen sebelum tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan hendaklah diuruskan pemberian taraf berpencen mengikut undang-undang pencen yang berkuat kuasa. Dalam konteks ini, tempoh perkhidmatan di jawatan asal boleh dikira sebagai tempoh perkhidmatan yang boleh di masuk kira bagi maksud pemberian taraf berpencen di jawatan baharu. (l) Umur Layak Dibayar Pencen Bagi Pegawai Yang Bersara Pilihan Pertukaran pelantikan tidak akan menjejaskan umur layak pegawai dibayar pencen sekiranya pegawai bersara pilihan selepas tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan bagi tujuan perkiraan faedah persaraan. (m) Pemangkuan Jika pegawai sedang memangku pada tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan, pemangkuan boleh diteruskan dengan syarat ditukar lantik ke gred dan skim perkhidmatan yang sama dan pemangkuan itu adalah bagi tujuan kenaikan pangkat. Pegawai sedang memangku yang ditukar lantik ke gred dan skim perkhidmatan yang berlainan boleh dipertimbangkan pengecualian syarat tempoh pemangkuan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat bagi membolehkan pegawai dinaikkan pangkat atas jawatan yang dipangku sebelum tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan tertakluk pegawai memenuhi syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan. (n) Kenaikan Pangkat

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy