Perlantikan

 400 (h) Kekananan (i) kekananan pegawai di jawatan asal adalah dikekalkan jika ditukar lantik ke agensi baharu atau skim perkhidmatan yang baharu diwujudkan; (ii) kekananan pegawai di jawatan asal dikekalkan jika ditukar lantik ke gred jawatan dan skim perkhidmatan yang sama atau ke skim perkhidmatan yang berlainan tetapi disahkan mempunyai tugas yang sama dan gred yang setara; dan (iii) kekananan pegawai dikira mulai tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan jika ditukar lantik ke gred jawatan dan skim perkhidmatan yang berlainan. (i) Cuti Rehat Kelayakan cuti rehat tahunan pegawai di jawatan baharu dikekalkan mengikut kelayakan cuti rehat di jawatan asal atau di jawatan baharu, mana yang lebih tinggi. Pegawai juga dibenarkan membawa baki cuti rehat tahunan dan cuti rehat yang telah dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai sebagai gantian cuti rehat mengikut peraturan yang berkuat kuasa. (j) Opsyen Skim KWSP Pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan di jawatan asal hendaklah ditawarkan opsyen Skim KWSP semasa pegawai diperakukan pengesahan dalam perkhidmatan di jawatan baharu. (k) Pemberian Taraf Berpencen

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy