Perlantikan

 398 lebih rendah daripada gaji minimum/gaji permulaan di jawatan baharu. (2) jika gaji akhir di jawatan asal lebih tinggi daripada gaji minimum/gaji permulaan yang ditetapkan di jawatan baharu, gaji pegawai ditetapkan pada amaun gaji yang sama dengan amaun gaji akhir di jawatan asal. (3) tertakluk kepada prinsip di perenggan 6(c)(ii)(1) dan 6(c)(ii)(2), jika gaji di jawatan baharu tidak dapat menampung gaji pertukaran pelantikan yang ditetapkan, gaji secara KUP hendaklah dipohon kepada BS, JPA. (d) Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) Pergerakan Gaji Tahunan jawatan asal yang sepatutnya diterima oleh pegawai pada tahun pertukaran pelantikan hendaklah diberi pada tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan mengikut amaun Kenaikan Gaji Tahunan jawatan asal. Contoh penetapan gaji pertukaran pelantikan yang mengambil kira prinsip pergerakan gaji tahunan di perenggan 6 adalah di Lampiran A, A1, A2, A3 dan A4. (e) Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) TPG di jawatan baharu dikekalkan mengikut TPG di jawatan asal. (f) Tempoh percubaan (i) pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan di jawatan asal dikecualikan daripada melalui tempoh percubaan; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy