Perlantikan

 397 (c) Gaji Pertukaran Pelantikan (i) Pertukaran Pelantikan Kerana Pembubaran Agensi Awam (1) bagi pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan, gaji pertukaran pelantikan ditetapkan pada gaji minimum jawatan baharu sekiranya gaji akhir di jawatan asal sama atau lebih rendah daripada gaji minimum di jawatan baharu. Jika gaji akhir di jawatan asal lebih tinggi daripada gaji minimum di jawatan baharu, gaji pegawai di jawatan baharu ditetapkan pada amaun gaji yang sama dengan gaji akhir di jawatan asal. (2) bagi pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan, gaji pertukaran pelantikan ditetapkan pada amaun gaji yang sama dengan gaji akhir yang dicampurkan dengan satu (1) Pergerakan Gaji Biasa (PGB) di jawatan asal. (3) tertakluk kepada prinsip di perenggan 6(c)(i)(1) dan 6(c)(i)(2), jika gaji di jawatan baharu tidak dapat menampung gaji pertukaran pelantikan yang ditetapkan, gaji secara Khas Untuk Penyandang (KUP) hendaklah dipohon kepada Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam (BS, JPA). (ii) Pertukaran Pelantikan Kerana Pewujudan/Pindaan/ Penjumudan Skim Perkhidmatan Atau Kajian Perjawatan (1) gaji pertukaran pelantikan ditetapkan pada gaji minimum/ gaji permulaan yang ditetapkan di jawatan baharu sekiranya gaji akhir di jawatan asal sama atau

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy