396 BAHAGIAN III SYARAT PERTUKARAN PELANTIKAN 6. Dalam melaksanakan urusan pertukaran pelantikan, semua syarat berikut hendaklah dipatuhi: (a) Jawatan Baharu Pegawai hendaklah ditukar lantik ke jawatan baharu di skim perkhidmatan yang sama atau berlainan pada gred yang sama atau setara dengan jawatan asal. Walau bagaimanapun, jika pertukaran pelantikan dilaksanakan atas sebab pewujudan/pindaan/penjumudan skim perkhidmatan atau kajian perjawatan, pegawai boleh ditukar lantik ke jawatan yang grednya lebih tinggi daripada jawatan asal sekiranya tiada gred yang sama atau setara. (b) Tarikh Kuat Kuasa Pertukaran Pelantikan Tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan adalah tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan. Sekiranya tarikh itu tidak ditetapkan oleh Kerajaan, tarikh tersebut perlu diputuskan oleh agensi baharu. Sekiranya urusan pertukaran pelantikan tidak dapat diselesaikan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan, agensi baharu hendaklah memaklumkan tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan yang baharu kepada Kerajaan. Tarikh kuat kuasa bagi pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah semasa opsyen dikeluarkan, adalah pada tarikh pegawai kembali hadir bertugas tertakluk tidak dikenakan tindakan tatatertib buang kerja.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy