Perlantikan

 394 (e) tempoh opsyen adalah 30 hari untuk membuat opsyen pertukaran pelantikan. Dalam keadaan khas, tempoh lain boleh ditentukan bagi tujuan pertukaran pelantikan; (f) opsyen yang dibuat oleh pegawai adalah muktamad pada tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan atau selepas tempoh opsyen berakhir mengikut mana yang terkemudian; (g) pemilihan opsyen hendaklah direkodkan dalam buku rekod perkhidmatan pegawai; dan (h) pegawai dianggap menolak opsyen pertukaran pelantikan jika: (i) tidak membuat pilihan; atau (ii) membuat pilihan dengan bersyarat atau tidak jelas; atau (iii) gagal mengembalikan borang opsyen dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang sebab yang munasabah; atau (iv) gagal melaporkan diri bertugas di jawatan baharu pada tarikh yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan agensi baharu tanpa sebarang sebab yang munasabah. 5. Prinsip pertukaran pelantikan yang lain: (a) pegawai yang terlibat dengan pertukaran pelantikan tetapi sedang dipinjamkan/ditukar sementara/dalam penempatan silang (Program Cross Fertilization), tempoh peminjaman/pertukaran sementara/penempatan silang (Program Cross Fertilization) tersebut hendaklah dipendekkan. Peminjaman/pertukaran sementara/ penempatan silang (Program Cross Fertilization) yang baharu boleh diperakukan sekiranya perkhidmatan pegawai masih diperlukan oleh agensi baharu; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy