1-18 Format Akuan Berkanun adalah seperti di Lampiran A. 14.3 Tapisan Keselamatan dan Keutuhan Pegawai yang dilantik kali pertama perlu melalui dan lulus tapisan keselamatan. Jika perlu, tapisan keutuhan Suruhannjaya Pencegahan Rasuah Malaysia boleh disyaratkan bagi tujuan pelantikan. 14.4 Pas Penggajian Calon bukan warganegara dikehendaki mendapatkan Pas Penggajian daripada Bahagian Pas Penggajian, Jabatan Imigresen Malaysia. 14.5 Surat Aku Janji Menandatangani Surat Aku Janji di hadapan Ketua Jabatan bagi pegawai yang dilantik kali pertama. Pegawai yang dilantik semula tidak dikehendaki menandatangani Surat Aku Janji yang baru. Format Surat Aku Janji adalah seperti di Lampiran B. 14.6 Akta Rahsia Rasmi 1972 Pegawai dikehendaki menandatangani dan mematuhi peruntukan dalam Akta Rahsia Rasmi 1972. Format Akta Rahsia Rasmi 1972 adalah seperti di Lampiran C. Pelantikan di bawah Peruntukan Objek Sebagai (OS) 11000 15. Pelantikan di bawah peruntukan OS11000 ialah pelantikan yang mengisi manamana jawatan kosong dalam senarai perjawatan sedia ada. Oleh itu, agensi boleh menguruskan pelantikan calon terus kepada PBM berkenaan berdasarkan prosedur yang ditetapkan. Jika pelantikan diluluskan oleh PBM, emolumen pegawai hendaklah dibayar di bawah peruntukan OS11000.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy