Perlantikan

 393 (ii) pegawai dalam Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dibersarakan di bawah subseksyen 6A(6) Akta Pencen 1980 [Akta 227]; (iii) pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan semasa tetapi pernah disahkan dan diberi taraf berpencen di jawatan terdahulu boleh dibersarakan di bawah seksyen 10(5)(b) atau seksyen 10(5)(c) Akta Pencen 1980 [Akta 227]; dan (iv) pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan atau pegawai yang disahkan dalam perkhidmatan tetapi menolak Skim KWSP dan belum diberi taraf berpencen akan dikehendaki menamatkan perkhidmatan dengan mengemukakan surat peletakan jawatan. Tempoh notis dan bayaran balik sebulan gaji sebagai menggantikan notis yang tidak mencukupi dikecualikan. Tarikh kuat kuasa peletakan jawatan pegawai adalah pada tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. (d) pegawai yang dibersarakan di bawah seksyen 10(5)(b) atau seksyen 10(5)(c) Akta Pencen 1980 [Akta 227] layak diberi pencen, ganjaran dan award wang tunai sebagai gantian cuti rehat (jika layak) mulai tarikh kuat kuasa persaraan. Pencen, ganjaran dan award wang tunai sebagai gantian cuti rehat dikira mengikut undang-undang pencen yang berkuat kuasa. Manakala pegawai yang dibersarakan di bawah subseksyen 6A(6) Akta Pencen 1980 [Akta 227] hanya layak diberi wang tunai gantian cuti rehat (jika layak) mulai tarikh kuat kuasa persaraan dan dibayar caruman KWSP pada umur layak sebagai mana yang ditetapkan dalam Akta KWSP yang berkuat kuasa;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy