Perlantikan

 392 agensi yang terlibat. Pegawai hendaklah dikembalikan ke perkhidmatan asal masing-masing. Urusan Pewujudan / Pindaan / Penjumudan Skim Perkhidmatan (i) pegawai yang layak ditawarkan opsyen pertukaran pelantikan adalah pegawai yang dilantik secara tetap termasuk pegawai dalam tempoh percubaan dan pegawai agensi berkenaan yang sedang dipinjamkan, ditukar sementara atau ditempatkan secara kader atau penempatan silang (Program Cross Fertilization) di agensi lain. (ii) pegawai yang tidak layak ditawarkan opsyen pertukaran pelantikan adalah pegawai sementara atau kontrak. (b) pegawai yang menerima opsyen akan ditukar lantik ke jawatan baharu di skim perkhidmatan yang sama atau berlainan pada gred jawatan yang sama atau setara dengan jawatan asal. Sekiranya gred jawatan setara tidak ada, Kerajaan boleh memutuskan pertukaran pelantikan dibuat ke gred jawatan lebih tinggi; (c) implikasi ke atas perkhidmatan pegawai yang menolak opsyen pertukaran pelantikan yang ditawarkan adalah seperti berikut: (i) pegawai yang telah diberi taraf berpencen boleh dibersarakan di bawah seksyen 10(5)(b) atau seksyen 10(5)(c) Akta Pencen 1980 [Akta 227];

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy