Perlantikan

 391 Prinsip Pemberian Opsyen 4. Prinsip pemberian opsyen pertukaran pelantikan adalah seperti berikut: (a) Kategori pegawai yang layak atau tidak layak mengikut kategori urusan: Urusan Pembubaran Agensi Awam Atau Kajian Perjawatan (i) pegawai yang layak ditawarkan opsyen pertukaran pelantikan adalah: (1) pegawai yang dilantik secara tetap termasuk pegawai dalam tempoh percubaan dan pegawai agensi berkenaan yang sedang dipinjamkan, ditukar sementara atau ditempatkan secara penempatan silang (Program Cross Fertilization) di agensi lain; dan (2) pegawai yang mengisi jawatan kader dan pegawai perkhidmatan gunasama dengan syarat pegawai bersetuju dan mendapat pelepasan Ketua Perkhidmatan. (ii) pegawai yang tidak layak ditawarkan opsyen pertukaran pelantikan adalah: (1) pegawai sementara atau kontrak; dan (2) pegawai pinjaman, pertukaran sementara dan penempatan silang (Program Cross Fertilization) di

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy