Perlantikan

 390 Ketidakpakaian 3. Pelaksanaan pertukaran pelantikan tidak terpakai dalam urusan berikut: (a) pengkorporatan atau penswastaan sesebuah agensi awam; (b) pengasingan saraan sesebuah Pihak Berkuasa Berkanun kerana hanya melibatkan tawaran saraan baharu kepada pegawai di agensi tersebut yang mengasingkannya daripada sistem saraan Kerajaan; (c) pemindahan pegawai dari agensi awam yang dibubarkan ke agensi yang diasingkan saraannya kerana agensi tersebut tidak mengguna pakai sistem saraan Kerajaan; (d) semakan skim perkhidmatan kerana ia hanya melibatkan perubahan terhadap nama skim perkhidmatan, gelaran gred, klasifikasi perkhidmatan, syarat Peningkatan Secara Lantikan dan penambahan lapisan gred naik pangkat (bukan gred sisipan). Seterusnya, ia juga tidak melibatkan perubahan syarat kelayakan masuk atau syarat-syarat perkhidmatan lain yang tidak mengakibatkan perubahan dari segi kumpulan perkhidmatan dan gred jawatan dan/atau gred gaji; (e) pembubaran agensi awam yang tidak melibatkan perubahan kepada Pihak Berkuasa Melantik (PBM). Pemindahan pegawai ke agensi baharu akan diuruskan melalui pertukaran perkhidmatan berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh PBM yang berkenaan; dan (f) penjenamaan semula agensi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy