Perlantikan

 389 BAHAGIAN II PRINSIP PERTUKARAN PELANTIKAN Dasar Umum 2. Dasar pertukaran pelantikan adalah seperti berikut: (a) pertukaran pelantikan adalah merupakan suatu pelantikan yang tidak terikat dengan proses pelantikan biasa; (b) pertukaran pelantikan dilaksanakan bagi memindahkan pegawai: (i) berikutan pembubaran agensi awam atau Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan yang pegawai daripada pihak berkuasa tersebut ditukar lantik ke agensi awam; atau (ii) ke skim perkhidmatan lain berikutan pewujudan, pindaan, penjumudan skim perkhidmatan atau kajian perjawatan. (c) pertukaran pelantikan perlu dibuat melalui opsyen; (d) pegawai akan ditawarkan syarat pertukaran pelantikan yang secara keseluruhannya tidak kurang baik daripada syarat perkhidmatan yang sedang dinikmati oleh pegawai di gred hakiki jawatan asal; (e) pertukaran pelantikan hendaklah dibuat berdasarkan gred hakiki pegawai; dan (f) pertukaran pelantikan juga boleh dilaksanakan atas sebab-sebab lain yang diputuskan oleh Kerajaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy