388 di agensi baharu itu adalah di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan; “perkhidmatan gunasama” bermaksud skim perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya adalah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; “penjumudan skim perkhidmatan” bermaksud skim perkhidmatan yang dijumudkan berikutan skop fungsi tugas skim perkhidmatan itu diambil alih oleh perkhidmatan lain; “pewujudan skim perkhidmatan” bermaksud skim perkhidmatan yang baharu diwujudkan untuk melaksanakan skop fungsi tugas baharu dan/atau mengambil alih skop fungsi tugas tertentu skim perkhidmatan sedia ada/yang dijumudkan; “pihak berkuasa melantik” bermaksud pihak yang mempunyai kuasa untuk melantik pegawai tetap di agensi asal atau di agensi baharu; dan “pindaan skim perkhidmatan” bermaksud pindaan ke atas perbekalan tertentu sesuatu skim perkhidmatan yang mengakibatkan berlakunya perubahan terhadap kumpulan perkhidmatan, gred jawatan dan/atau gred gaji skim perkhidmatan tersebut.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy