Perlantikan

 387 “jawatan baharu” bermaksud gred jawatan yang diterima di agensi baharu oleh pegawai melalui urusan pertukaran pelantikan; “jawatan kader” bermaksud jawatan yang diwujudkan di sesebuah Kementerian/Jabatan/Agensi di peringkat persekutuan berdasarkan keperluan tetapi pengisiannya dibuat dan dikawal oleh Ketua Perkhidmatan berkenaan; “kajian perjawatan” bermaksud kajian terhadap jawatan yang sedang disandang oleh pegawai bagi maksud penjajaran fungsi atau pemansuhan fungsi jawatan. Penjajaran fungsi melibatkan pemansuhan atau pertambahan sebahagian daripada fungsi sedia ada yang mengakibatkan fungsi tersebut diambil alih oleh skim perkhidmatan lain; “Ketua Jabatan” bermaksud: (a) Ketua Setiausaha Kementerian; atau (b) Timbalan Ketua Setiausaha Kanan bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan agensi di bawahnya; atau (c) pegawai yang diberi kuasa secara bertulis untuk bertindak bagi pihak Ketua Setiausaha Kementerian atau Timbalan Ketua Setiausaha Kanan. “opsyen” bermaksud pilihan yang diberi kepada pegawai yang terlibat sama ada menerima atau menolak tawaran pertukaran pelantikan yang diberikan; “pembubaran agensi awam” bermaksud pembubaran keseluruhan atau sebahagian agensi awam seperti mana-mana bahagian/unit sesebuah agensi awam itu berikutan dengan keputusan Kerajaan memansuhkan keseluruhan fungsi atau sebahagian fungsi di agensi awam itu dan fungsi tersebut diambil alih oleh agensi baharu yang kuasa pelantikan pegawai

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy