386 BAHAGIAN I PENDAHULUAN Tujuan 1. Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai dasar dan prosedur pelaksanaan urusan pertukaran pelantikan pegawai tetap yang terlibat dengan urusan tersebut atas keputusan Kerajaan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 5.1 Ceraian ini. Definisi 2. Bagi maksud panduan ini: “agensi asal” bermaksud agensi awam di mana seseorang pegawai bertugas sebelum pertukaran pelantikan dikuatkuasakan; “agensi awam” bermaksud Kementerian atau Jabatan Persekutuan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri atau daerah dalam Persekutuan atau Jabatan Persekutuan di luar negara; “agensi baharu” bermaksud agensi awam, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan yang menerima pegawai untuk berkhidmat di agensi berkenaan melalui urusan pertukaran pelantikan; “gaji akhir” bermaksud amaun gaji hakiki yang diterima sebelum tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan dengan mengambil kira Pergerakan Gaji Tahunan jawatan asal yang diselaraskan pada tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan; “jawatan asal” bermaksud gred jawatan hakiki (bukan gred jawatan dipangku) pegawai sehari sebelum tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy