381 (b) Panduan B - “Pertukaran Pelantikan Atas Permohonan Pegawai” bertujuan untuk menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai dasar dan tatacara urusan pertukaran pelantikan atas permohonan pegawai seperti yang dinyatakan dalam perenggan 5.2 Ceraian ini. PENGECUALIAN 7. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Ceraian ini hendaklah mendapat pertimbangan dan kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. PEMBATALAN 8. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2016: Panduan Pertukaran Pelantikan dibatalkan. PEMAKAIAN 9. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, dasar dan prosedur pelaksanaan pertukaran pelantikan di bawah Ceraian ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi maksud pelaksanaan pertukaran pelantikan antara pegawai Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, ia juga tertakluk kepada penerimaan pakai oleh pihak berkuasa masing-masing. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy