Perlantikan

 380 (c) penjumudan skim perkhidmatan berikutan skop fungsi tugas skim perkhidmatan itu diambil alih oleh perkhidmatan lain. Contoh: penjumudan skim perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah dan fungsinya diambil alih oleh Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, N22 dan N26. (iv) memindahkan pegawai yang terlibat ke skim perkhidmatan lain berikutan kajian terhadap jawatan yang sedang disandang oleh pegawai bagi maksud penjajaran fungsi atau pemansuhan fungsi jawatan. Penjajaran fungsi melibatkan pemansuhan atau pertambahan sebahagian daripada fungsi sedia ada yang mengakibatkan fungsi tersebut diambil alih oleh skim perkhidmatan lain; atau (v) sebab-sebab lain yang diputuskan oleh Kerajaan. 5.2 atas permohonan pegawai tetap yang berkhidmat sama ada: (i) di Kementerian atau Jabatan di peringkat persekutuan untuk berpindah ke skim perkhidmatan yang sama di Pihak Berkuasa Melantik Persekutuan yang lain atas faktor tertentu melalui persetujuan Ketua Perkhidmatan dan kelulusan Pihak Berkuasa Melantik di peringkat persekutuan; atau (ii) di Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk berpindah ke skim perkhidmatan yang sama di Pihak Berkuasa Melantik Persekutuan atas faktor tertentu melalui persetujuan Ketua Perkhidmatan dan kelulusan Pihak Berkuasa Melantik di peringkat persekutuan. 6. Urusan pertukaran pelantikan hendaklah dilaksanakan dengan mematuhi dasar, prinsip dan prosedur yang ditetapkan melalui panduan dalam ceraian ini iaitu: (a) Panduan A - “Pertukaran Pelantikan Atas Keputusan Kerajaan” bertujuan untuk menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai dasar dan tatacara urusan pertukaran pelantikan atas keputusan Kerajaan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 5.1 Ceraian ini; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy