Perlantikan

 379 5. Dasar pertukaran pelantikan terpakai dalam keadaan berikut: 5.1 atas keputusan Kerajaan untuk: (i) memindahkan pegawai di Kementerian atau Jabatan Persekutuan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri atau daerah dalam persekutuan atau Jabatan Persekutuan di luar negara yang dibubarkan ke Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan, Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan lain yang kuasa melantik pegawai terletak di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan. Contoh : pembubaran Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan dijadikan sebagai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD); (ii) memindahkan pegawai di Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan yang dibubarkan ke Pihak Berkuasa Melantik di Kementerian atau Jabatan Persekutuan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri atau daerah dalam persekutuan atau Jabatan Persekutuan di luar negara; (iii) memindahkan pegawai yang terlibat ke skim perkhidmatan lain ekoran daripada perkara yang berikut: (a) pewujudan skim perkhidmatan baharu untuk melaksanakan skop fungsi tugas baharu dan/atau mengambil alih skop fungsi tugas tertentu skim perkhidmatan sedia ada/yang dijumudkan. Contoh : pewujudan skim perkhidmatan baharu iaitu Pembantu Operasi Gred N11, N14 bagi mengambil alih tugas skim perkhidmatan Pembantu Am Pejabat, Pembantu Kamera/Pemandu dan Penyelia Jeti; (b) pindaan ke atas perbekalan tertentu sesuatu skim perkhidmatan yang mengakibatkan berlakunya perubahan terhadap kumpulan perkhidmatan, gred jawatan dan/atau gred gaji skim perkhidmatan tersebut. Contoh : pindaan ke atas kelayakan masuk dan gred skim perkhidmatan Tukang Masak Gred N1, N4 kepada Tukang Masak Gred N19, N22, N26; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy