Pelantikan

 91 CERAIAN UP.1.3.2 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menjelaskan mengenai dasar dan prosedur pelaksanaan pertukaran pelantikan bagi pegawai dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Pertukaran pelantikan merupakan tatacara pelantikan yang dilaksanakan sekiranya terdapat keperluan untuk memindahkan pegawai ke Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan atau ke skim perkhidmatan yang sama/berlainan tanpa melalui proses pelantikan biasa. 3. Sebelum berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2016, pertukaran pelantikan dilaksanakan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2002 (PP17/2002) – Panduan Pertukaran Pelantikan yang mula berkuat kuasa pada 31 Disember 2002. Dasar dan prinsip yang ditetapkan dalam PP17/2002 dipinda supaya pelaksanaannya selaras dengan dasar dan peraturan semasa yang sedang berkuat kuasa selain memperkemaskan prosedur sedia ada. PELAKSANAAN Dasar 4. Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A)1/2012] menetapkan bahawa pelantikan ke dalam perkhidmatan awam terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan dan tatacara pelantikan itu hendaklah terpakai bagi semua pelantikan tetap atau sementara kecuali bagi pertukaran pelantikan, pertukaran tetap atau apa-apa pelantikan lain yang diputuskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan. Berdasarkan kepada peruntukan peraturan tersebut, tatacara bagi menguruskan pegawai melalui pertukaran pelantikan dijelaskan dalam ceraian ini.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy