Pelantikan
373 Jadual 4 : Contoh Penetapan Gaji Permulaan Bagi Calon Yang Memiliki Kombinasi Pengalaman Yang Relevan Dan Tidak Relevan Jawatan/ Skim Perkhidmatan Gaji Permulaan Mengikut Skim Perkhidmatan Tempoh Pengalaman Tentera Hadiah Pergerakan Gaji (HPG) Gaji Permulaan Patut Ditawarkan Pembantu Am Pejabat Gred N1 P1T1 4 tahun (relevan) dan 9 tahun (tidak relevan) 7 HPG (kombinasi pengalaman relevan=4 HPG; dan pengalaman tidak relevan=3 HPG) P1T8 10. Walau apa pun peraturan di perenggan 8, pemberian HPG ini tertakluk kepada mata gaji maksimum di Peringkat 1 (P1) yang ditetapkan dalam Jadual Gaji Matriks bagi sesuatu jawatan yang ditawarkan kepada calon. Prosedur 11. Prosedur bagi melantik calon dalam perkhidmatan awam adalah seperti berikut: (a) kementerian/ jabatan yang mempunyai kekosongan jawatan dan memerlukan calon dari kalangan bekas tentera hendaklah memaklumkan kepada Suruhanjaya bagi tujuan pengiklanan; (b) Suruhanjaya hendaklah memanjangkan iklan pengambilan kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), Kementerian Pertahanan melalui apa- apa kaedah yang sesuai. Sekiranya pengiklanan dibuat secara online , JHEV, Kementerian Pertahanan hendaklah memaklumkan kepada calon supaya membuat permohonan secara online kepada Suruhanjaya; (c) Suruhanjaya jika perlu, memasukkan keperluan tambahan dalam iklan pengambilan, antaranya seperti berikut: (i) dokumen yang mengesahkan status calon sebagai bekas tentera iaitu Kad Bekas Tentera; dan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy