Pelantikan

 90 UP.1.3.1 (ii) dokumen yang mengesahkantempoh keseluruhan perkhidmatan dan tempoh setiap jenis pengalaman yang dimiliki oleh calon semasa berkhidmat dengan ATM seperti Folder Pengakuan Perkhidmatan Anggota (BAT D 86 untuk Pegawai dan BAT D 92 untuk Lain-Lain Pangkat); (d) Suruhanjaya semasa membuat tapisan dan pemilihan, hendaklah memberi keutamaan kepada bekas tentera jika meritnya adalah sama dengan pemohon lain; dan (e) Suruhanjaya hendaklah menentukan gaji permulaan yang layak ditawarkan kepada calon yang berjaya mengikut kaedah penetapan gaji permulaan yang telah dijelaskan di atas. PEMBATALAN 12. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2011: Dasar Dan Prosedur Perlantikan Bekas Tentera Ke Dalam Perkhidmatan Awam dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2001: Kaedah Penetapan Gaji Permulaan Untuk Bekas Polis dan Bekas Tentera Yang Dilantik Secara Tetap Ke Dalam Perkhidmatan Awam adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 13. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, pemakaian Ceraian ini dipanjangkan kepada perkhidmatan awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan. 14. Ceraian ini tidak terpakai bagi pelantikan pesara tentera yang dilantik secara kontrak untuk berkhidmat ke dalam perkhidmatan awam. Sebaliknya pelantikan pesara tentera hendaklah dibuat secara kontrak mengikut Ceraian UP.1.1.1: Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service) serta peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy