Pelantikan

 89 UP.1.3.1 Jadual 4 : Contoh Penetapan Gaji Permulaan Bagi Calon Yang Memiliki Kombinasi Pengalaman Yang Relevan Dan Tidak Relevan Jawatan/ Skim Perkhidmatan Gaji Permulaan Mengikut Skim Perkhidmatan Tempoh Pengalaman Tentera Hadiah Pergerakan Gaji (HPG) Gaji Permulaan Patut Ditawarkan Pembantu Am Pejabat Gred N1 P1T1 4 tahun (relevan) dan 9 tahun (tidak relevan) 7 HPG (kombinasi pengalaman relevan=4 HPG; dan pengalaman tidak relevan=3 HPG) P1T8 10. Walau apa pun peraturan di perenggan 8, pemberian HPG ini tertakluk kepada mata gaji maksimum di Peringkat 1 (P1) yang ditetapkan dalam Jadual Gaji Matriks bagi sesuatu jawatan yang ditawarkan kepada calon. Prosedur 11. Prosedur bagi melantik calon dalam perkhidmatan awam adalah seperti berikut: (a) kementerian/ jabatan yang mempunyai kekosongan jawatan dan memerlukan calon dari kalangan bekas tentera hendaklah memaklumkan kepada Suruhanjaya bagi tujuan pengiklanan; (b) Suruhanjaya hendaklah memanjangkan iklan pengambilan kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), Kementerian Pertahanan melalui apaapa kaedah yang sesuai. Sekiranya pengiklanan dibuat secara online, JHEV, Kementerian Pertahanan hendaklah memaklumkan kepada calon supaya membuat permohonan secara online kepada Suruhanjaya; (c) Suruhanjaya jika perlu, memasukkan keperluan tambahan dalam iklan pengambilan, antaranya seperti berikut: (i) dokumen yang mengesahkan status calon sebagai bekas tentera iaitu Kad Bekas Tentera; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy