Pelantikan

 87 UP.1.3.1 Kaedah Penetapan Gaji Permulaan 7. Penetapan gaji permulaan bagi calon yang dilantik sama ada secara tetap, sementara atau kontrak adalah mengikut mata gaji permulaan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang ditawarkan kepada calon. Suruhanjaya seterusnya menetapkan gaji permulaan yang lebih tinggi kepada calon dengan memberi HPG berdasarkan tempoh perkhidmatan calon semasa berkhidmat dalam ATM. 8. Suruhanjaya menentukan pemberian HPG berdasarkan pengalaman calon seperti berikut: (a) bagi calon yang memiliki pengalaman yang relevan sepenuhnya dengan skop dan fungsi tugas jawatan yang akan disandangnya, pemberian HPG boleh ditetapkan mengikut satu Pergerakan Gaji Biasa bagi setiap genap satu tahun pengalaman yang relevan itu. Contohnya, seorang calon telah berkhidmat selama 8 tahun 10 bulan dengan ATM dan memiliki pengalaman yang relevan layak dipertimbangkan sebanyak 8 HPG; (b) bagi calon yang memiliki pengalaman yang tidak relevan sepenuhnya, pemberian HPG untuk calon boleh ditetapkan seperti Jadual 1 berikut: Jadual 1 : Kaedah Pemberian HPG Bagi Calon Yang Memiliki Pengalaman Yang Tidak Relevan Sepenuhnya Tempoh Perkhidmatan di ATM (pengalaman tidak relevan) HPG Genap 2 tahun atau lebih tetapi kurang dari 4 tahun 1 Genap 4 tahun atau lebih tetapi kurang dari 7 tahun 2 Genap 7 tahun atau lebih tetapi kurang dari 10 tahun 3 Genap 10 tahun atau lebih tetapi kurang dari 14 tahun 4 Genap 14 tahun atau lebih tetapi kurang dari 18 tahun 5 Genap 18 tahun atau lebih 6

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy