Pelantikan

 86 UP.1.3.1 (e) Suruhanjaya hendaklah memanjangkan apa-apa kaedah pengiklanan bagi pengambilan untuk mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap bekas tentera; (f) Suruhanjaya hendaklah mempertimbangkan calon yang layak untuk mengisi mana-mana jawatan dalam perkhidmatan awam. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya hendaklah memberikan keutamaan kepada calon dalam sesuatu urusan pengambilan jika calon tersebut mempunyai merit yang sama dengan pemohon yang lain; (g) calon layak dipertimbangkan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi oleh Suruhanjaya dengan diberi HPG berdasarkan Peraturan 24(b) PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A)176/2005] atau peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa; (h) di samping pemberian HPG, calon juga layak dipertimbangkan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi oleh Suruhanjaya selepas diberi HPG berdasarkan Peraturan 23(2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A)176/2005] atau peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa; (i) calon dikehendaki membuktikan status sebagai bekas tentera bagi melayakkan dipertimbangkan pemberian HPG yang ditetapkan dalam pekeliling perkhidmatan ini; (j) pemberian satu HPG adalah bersamaan dengan satu pergerakan gaji biasa dalam Jadual Gaji Matriks yang sedang berkuat kuasa atau ketetapan lain yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa; dan (k) calon layak dipertimbangkan pemberian HPG hanya sekali iaitu semasa pelantikan kali pertama ke dalam perkhidmatan awam sama ada secara tetap, sementara atau kontrak. Walau bagaimanapun, calon yang telah diberi HPG sebelum ini layak dipertimbangkan HPG sekali lagi apabila dilantik secara tetap dengan syarat: (i) calon belum disahkan dalam perkhidmatan di jawatan terdahulu; atau (ii) calon merupakan pegawai lantikan sementara atau kontrak di jawatan terdahulu.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy