Pelantikan

 85 UP.1.3.1 Dasar Pelantikan 6. Dasar pelantikan bekas tentera ke dalam perkhidmatan awam adalah seperti berikut: (a) calon yang layak dipertimbangkan adalah calon yang telah menamatkan atau ditamatkan perkhidmatan dengan baik dan tidak menerima pencen mengikut peraturan ATM yang berkuat kuasa seperti berikut: (i) Territorial Army (Term Of Service) Regulations 1958 - Jenis/Syarat Persaraan Dan Pemberhentian Anggota Lain-Lain Pangkat (Sukarela); (ii) Army And Air Force (Term Of Service) Regulations 1961 - Jenis/Syarat Persaraan Dan Pemberhentian Anggota Lain-Lain Pangkat (Tetap); (iii) The Queen’s Regulations For The Royal Navy, Revised 1967 (QRRN) - Jenis/Syarat Persaraan Dan Pemberhentian Anggota Lain-Lain Pangkat TLDM (Tetap); dan (iv) Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran Dan FaedahFaedah Lain) 1982 - Jenis/Syarat Persaraan Dan Pemberhentian Pegawai Tetap dan Pegawai Tauliah Jangka Pendek (TJP). Senarai kategori bekas tentera yang ditamatkan perkhidmatan dengan baik mengikut syarat-syarat pemberhentian adalah seperti di Lampiran UP.1.3.1. (b) calon boleh dilantik sama ada secara tetap, sementara atau kontrak berdasarkan keperluan perkhidmatan di kementerian/ jabatan; (c) calon layak dipertimbangkan pelantikan ke mana-mana jawatan sama ada dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Sokongan yang calon berkelayakan; (d) calon hendaklah memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy