Pelantikan

 84 UP.1.3.1 PELAKSANAAN Definisi 5. Untuk maksud Ceraian ini: “bekas tentera” bermaksud: (a) anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah menamatkan atau ditamatkan perkhidmatan dengan baik dan tidak diberhentikan dari perkhidmatan dengan keji serta tidak layak menerima pencen mengikut peraturan yang terpakai dalam perkhidmatan ATM; dan (b) Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia yang telah dikerah berkhidmat secara sepenuh masa tidak kurang daripada 12 bulan sama ada secara berterusan atau sebaliknya yang telah menamatkan atau ditamatkan perkhidmatan dengan baik. “calon” bermaksud bekas tentera yang hendak dilantik ke dalam perkhidmatan awam; “pengalaman relevan” bermaksud pengalaman kerja seseorang calon semasa dalam ATM yang sama dengan skop dan fungsi jawatan skim perkhidmatan yang ditawarkan; “perkhidmatan awam” bermaksud perkhidmatan awam am Persekutuan, perkhidmatan kehakiman dan perundangan, pasukan polis dan perkhidmatan pelajaran; dan “Suruhanjaya” bermaksud Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran atau mana-mana pihak yang diwakilkan kuasa oleh sesuatu Suruhanjaya untuk menjalankan bidang kuasanya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy