Pelantikan

 83 CERAIAN UP.1.3.1 DASAR DAN PROSEDUR PELANTIKAN BEKAS TENTERA KE DALAM PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan dasar dan prosedur bagi menguruskan pelantikan bekas tentera ke dalam perkhidmatan awam supaya pelaksanaannya lebih teratur dan seragam. LATAR BELAKANG 2. Pada masa ini, dasar pelantikan bekas polis dan bekas tentera secara tetap ke dalam perkhidmatan awam adalah berpandukan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2001 - Kaedah Penetapan Gaji Permulaan Untuk Bekas Polis Dan Bekas Tentera Yang Dilantik Secara Tetap Ke Dalam Perkhidmatan Awam (PP 7/2001). PP 7/2001 dikeluarkan selaras dengan hasrat Kerajaan mengiktiraf jasa dan pengorbanan bekas polis dan bekas tentera yang telah menabur bakti menjaga keamanan dan mempertahankan keselamatan negara. 3. Bagi tujuan memperjelaskan dasar pelantikan bagi bekas tentera dan pemberian Hadiah Pergerakan Gaji (HPG) maka dasar sedia ada perlu diperkemas dengan mengkaji semula PP 7/2001 bagi memantapkan urusan pelantikan bekas tentera ke dalam perkhidmatan awam. 4. Walau bagaimanapun, Ceraian ini tidak meliputi anggota polis yang layak menerima faedah persaraan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy