Pelantikan

 81 CERAIAN UP.1.2.5 PEMAKLUMAN MENGENAI PERUBAHAN KUASA MENIMBANG BAGI PELANTIKAN SECARA PEMINJAMAN KE AGENSI ANTARABANGSA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan memaklumkan mengenai Perubahan Kuasa Menimbang Bagi Pelantikan Secara Peminjaman Ke Agensi Antarabangsa. LATAR BELAKANG 2. Ceraian UP.1.2.1 memperuntukkan YAB Perdana Menteri sebagai kuasa menimbang peminjaman pegawai awam dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan & Profesional ke agensi antarabangsa bagi tempoh setahun atau lebih. PELAKSANAAN 3. Selaras dengan prinsip empowerment dan delegation of power mulai 1 Oktober 2012, Kerajaan bersetuju supaya kuasa menimbang peminjaman pegawai awam ke agensi antarabangsa adalah seperti berikut:- Kumpulan Perkhidmatan/ Tempoh Peminjaman Kuasa Menimbang Pengurusan Tertinggi (tempoh setahun atau lebih) Perdana Menteri Pengurusan Tertinggi (tempoh kurang setahun) Ketua Setiausaha Negara Pengurusan dan Profesional (tanpa mengira tempoh) Pelaksana Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 4. Perubahan kepada kuasa menimbang pelantikan secara peminjaman ke agensi antarabangsa ini tidak mengubah prosedur sedia ada yang dijelaskan dalam Ceraian UP.1.2.1.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy