Pelantikan

 79 CERAIAN UP.1.2.4 PEMAKLUMAN MENGENAI KADAR INSENTIF BAGI PELANTIKAN SECARA PEMINJAMAN BAGI PERKHIDMATAN AWAM BERIKUTAN PELAKSANAAN PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2016 TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan memaklumkan mengenai Kadar Insentif Bagi Pelantikan Secara Peminjaman Bagi Perkhidmatan Awam Berikutan Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016. LATAR BELAKANG 2. Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 (PP1/2016) dan pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Perubatan/Pergigian dan Skim Perkhidmatan Pensyarah Perubatan/Pergigian yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017 telah memperuntukkan beberapa lapisan gred yang baharu iaitu gred 56. Di samping itu, bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Penjara, telah diperuntukkan 5 lapisan gred kenaikan pangkat iatu gred KA20, KA22, KA24, KA26 dan KA28 dengan gred pelantikan bermula dengan gred KA19. Bagi perkhidatan awam yang lain Gred 19 dan Gred 20 adalah merupakan gred setara tetapi bukan dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Penjara kerana gred kenaikan pangkat selepas Gred KA19 adalah gred KA20. Sehubungan dengan itu, terdapat keperluan untuk mewujudkan kadar insentif peminjaman bagi gredgred tersebut. PELAKSANAAN 3. Pewujudan kadar insentif peminjaman bagi gred-gred ini tidak mengubah prosedur sedia ada yang dijelaskan dalam UP.1.2.1: Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap dan UP.1.2.2: Dasar Baru Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap. 4. Jadual baharu bagi kadar insentif peminjaman bagi Perkhidmatan Awam seperti di Lampiran UP.1.2.4.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy