Pelantikan

 2-1 LAMPIRAN UP.1.2.3(B) Prosedur Peminjaman Pegawai Awam Persekutuan Gred 53/54 Atau Setaraf Ke Pentadbiran Kerajaan Negeri / Pihak Berkuasa Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan Bil. Aktiviti Tindakan 1. Mengemukakan permohonan kepada agensi pembekal (ketua perkhidmatan skim perkhidmatan berkenaan) untuk mendapatkan calon atau mencadangkan pegawai yang sesuai untuk mengisi jawatan di agensi pertukaran sementara dengan menggunakan format seperti Lampiran L, dalam UP.1.2.1. PSM Agensi Peminjam 2. Mengenal pasti calon yang sesuai atau mempertimbangkan pegawai yang dicadangkan oleh agensi peminjam. PSM Agensi Pembekal 3. Mendapatkan persetujuan pegawai dan Ketua Perkhidmatan Pegawai. PSM Agensi Pembekal 4. Mendapatkan pelepasan daripada PBM pegawai (jika melibatkan PBM yang berlainan) dengan menggunakan format seperti Lampiran N, dalam UP.1.2.1. PSM Agensi Pembekal 5. Mengemukakan persetujuan Ketua Perkhidmatan/ Ketua Setiausaha Kementerian, surat pelepasan PBM (jika berkenaan), surat persetujuan pegawai dan maklumat pegawai kepada agensi peminjam dengan menggunakan format seperti Lampiran L1, dalam UP.1.2.1. PSM Agensi Pembekal 6. Mengemukakan pencalonan pegawai kepada Bahagian Perkhidmatan, JPA (BK,JPA) untuk dipertimbangkan oleh KPPA sebelum diperakukan kepada PBM agensi peminjam dengan menyertakan Lampiran L, dalam UP.1.2.1, surat pelepasan PBM (jika berkenaan), surat persetujuan pegawai, senarai tugas jawatan pinjaman, salinan Buku Rekod Perkhidmatan dan surat tapisan kutuhan SPRM. PSM Agensi Peminjam 7. PBM agensi peminjam mengeluarkan surat pelantikan kepada pegawai melalui agensi pembekal dan salinan kepada BK, JPA. PSM Agensi Peminjam 8. Mengeluarkan surat arahan melapur diri bertugas kepada pegawai dan salinan kepada agensi peminjam. PSM Agensi Pembekal

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy