Perlantikan

 27 gred kenaikan pangkat hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman yang relevan. 5. Pelantikan secara kontrak ke jawatan gred kenaikan pangkat dalam perjawatan tetap bagi Kumpulan Sokongan tidak dibenarkan. 6. Mana-mana ketetapan dalam Ceraian ini yang menghendaki sesuatu perakuan pelantikan itu dikemukakan kepada KPPA, KSN dan Perdana Menteri adalah terpakai bukan sahaja bagi pelantikan ke Perkhidmatan Awam Persekutuan, tetapi juga pelantikan ke Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan kecuali yang dinyatakan sebaliknya dalam mana-mana Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Ceraian yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Dasar Pelantikan Pesara 7. Pesara hanya boleh dilantik semula secara kontrak bergantung kepada keperluan sesebuah agensi terhadap perkhidmatan yang boleh disumbangkan dan disahkan sihat oleh pengamal perubatan/ pergigian berdaftar. 8. Pesara yang boleh dipertimbangkan untuk dilantik berkhidmat dengan agensi awam ialah pegawai yang bersara atau dibersarakan dalam keadaan berikut: (i) bersara di bawah subseksyen 10(1) Akta Pencen 1980 [Akta 227] atau Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239] kerana mencapai umur persaraan wajib; (ii) bersara di bawah subseksyen 10(5)(a) Akta 227 atau Akta 239 atas sebab kesihatan, dengan syarat telah disahkan sihat oleh Lembaga Perubatan yang dilantik oleh PBM;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy