Perlantikan

 26 (iii) wujud keperluan untuk menawarkan syarat pelantikan yang berlainan, khususnya dari segi gaji, elaun dan kemudahan tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa; (iv) untuk mengurangkan pergantungan kepada pelantikan secara tetap kerana pelantikan secara kontrak lebih mudah diurus dan menjimatkan dalam jangka masa panjang; (v) agensi memerlukan calon yang mempunyai kelayakan, pengalaman, kemahiran, kepakaran dan bakat bagi melaksanakan tugas jawatan yang ditetapkan; (vi) tempoh perkhidmatan yang diperlukan adalah terhad; vii) bagi membolehkan penilaian dibuat dalam tempoh kontrak sebelum pegawai dipertimbangkan untuk dilantik secara tetap; atau viii) sebagai langkah sementara mengisi jawatan tetap sebelum pelantikan tetap dibuat. 3. Keutamaan pelantikan secara kontrak hendaklah diberi kepada calon warganegara. Calon dari kalangan bukan warganegara hanya boleh dipertimbangkan jika calon warganegara yang layak dan sesuai tidak diperolehi atau bilangan mereka tidak mencukupi. 4. Pelantikan secara kontrak ke jawatan dan gred kenaikan pangkat dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) boleh dipertimbangkan sekiranya Ketua Jabatan mempunyai justifikasi yang kukuh bahawa pelantikan itu tidak menjejaskan pelan penggantian dan peluang kenaikan pangkat pegawai sedang berkhidmat serta calon yang diperakukan mempunyai kelebihan dari segi kelayakan, pengalaman, kemahiran dan kesesuaian jika dibandingkan dengan pegawai tetap. Pelantikan bukan pesara bagi mengisi jawatan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy