Pelantikan

 69 UP.1.2.2 Sekiranya pelanjutan tempoh peminjaman atau pelantikan secara peminjaman dibuat selepas tempoh enam (6) bulan dari tarikh tamat peminjaman terakhir sebelumnya, penetapan gaji peminjaman adalah berdasarkan prinsip di perenggan 23 dan merupakan peminjaman yang baru. 26. Bagi pegawai yang dipinjamkan ke agensi swasta, agensi antarabangsa atau pihak berkuasa berkanun yang tidak menggunakan sistem saraan Kerajaan semasa Ceraian ini berkuat kuasa, pegawai boleh dibayar gaji berdasarkan syarat peminjaman sedia ada sekiranya gaji peminjaman yang sedang diterima adalah tidak kurang baik daripada kaedah penetapan gaji peminjaman yang ditetapkan di perenggan 11. PELAKSANAAN DAN PEMBATALAN 27. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012: Dasar Baru Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap adalah dibatalkan. 28. Semua urusan pelantikan secara peminjaman, pertukaran sementara dan pertukaran tetap hendaklah menggunakan dasar dan prosedur yang dinyatakan dalam Ceraian ini kecuali mana-mana peruntukan dalam Ceraian UP 1.2.1 dan Lampiran kepada UP.1.2.1 yang dibatalkan iaitu: (a) perenggan 6 dan 7, UP 1.2.1 mengenai prinsip pemberian insentif tiga (3) dan dua (2) Pergerakan Gaji Biasa serta penetapan gaji pegawai yang dinaikkan pangkat di gred jawatan hakiki dalam tempoh peminjaman/ pertukaran sementara; (b) perenggan 1, Bahagian I, lampiran (A) kepada UP 1.2.1 mengenai definisi “jumlah gaji yang boleh diselaraskan” dan “pelanjutan tempoh peminjaman/ pertukaran sementara”; (c) perenggan 4(f)(i), 4(f)(ii), 4(g), 4(h), 4(i), 4(j), 4(k) dan 4(l), Bahagian II, lampiran (A) kepada UP 1.2.1 mengenai prinsip pemberian insentif tiga (3) dan dua (2) Pergerakan Gaji Biasa; (d) perenggan 6, 9 dan 12 Bahagian IV, lampiran (A) kepada UP 1.2.1 mengenai kesesuaian pegawai, prinsip penetapan gaji permulaan peminjaman dan kaedah pelarasan gaji berikutan perubahan gaji atau sebagainya berikutan keputusan Kerajaan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy