Pelantikan

 68 UP.1.2.2 Penetapan Gaji Pertukaran Tetap 20. Kaedah penetapan gaji pegawai yang ditukar tetap adalah berdasarkan gaji peminjaman yang diterima pegawai sehari sebelum tarikh kuat kuasa pertukaran tetap. Tarikh Pergerakan Gaji pegawai dikekalkan mengikut gred jawatan pinjaman. Elaun, kemudahan dan syarat perkhidmatan hendaklah mengikut syarat dan kelayakan jawatan pertukaran tetap. Contoh kaedah penetapan gaji pertukaran tetap adalah seperti di Lampiran UP.1.2.2(M). 21. Bagi pegawai yang dibayar gaji hakiki dan insentif peminjaman mengikut gred jawatan hakiki berdasarkan perenggan 6(b), gaji pertukaran tetap adalah pada gaji maksimum gred jawatan pertukaran tetap. 22. Selaras dengan perubahan prinsip penetapan gaji pertukaran tetap, syarat pertukaran tetap ke jawatan yang disandang secara peminjaman yang boleh ditawarkan selepas 30 Mac 2012 adalah seperti di Lampiran UP.1.2.2(N). PERALIHAN 23. Dasar baru pelantikan secara peminjaman, pertukaran sementara dan pertukaran tetap mengikut Ceraian ini hendaklah terpakai bagi semua urusan peminjaman, pertukaran sementara dan pertukaran tetap baru yang berkuat kuasa. selepas 30 Mac 2012 iaitu selaras dengan tarikh keluarnya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 (PP 1/2012) – Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia. 24. Bagi peminjaman yang sedang berkuat kuasa semasa berkuat kuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012 sehingga 30 Mac 2012, gaji peminjaman yang diterima oleh pegawai yang mengambil kira pelarasan gaji mengikut PP 1/2012 hendaklah diteruskan sehingga tamat tempoh peminjaman yang sedang berkuat kuasa. 25. Pegawai di perenggan 23 dan 24, sekiranya dilanjutkan tempoh peminjaman atau dilantik secara peminjaman dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tamat peminjaman terakhir sebelumnya ke skim perkhidmatan yang sama atau berlainan atas gred jawatan pinjaman yang sama atau setara dengannya dan pelantikan dibuat oleh Pihak Berkuasa Melantik (PBM) yang sama atau berlainan, penetapan gaji adalah berdasarkan gaji peminjaman di gred jawatan pinjaman terakhir. Contoh kaedah penetapan gaji peminjaman pegawai adalah seperti di Lampiran UP.1.2.2(O).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy