Pelantikan
323 Perkhidmatan / Agensi Rujukan Perkhidmatan Awam (selain daripada SPRM, ATM, PDRM dan APMM) Jadual 1 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jadual 2 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jadual 3 Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jadual 4 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Jadual 5 10. Contoh penetapan gaji permulaan pegawai yang dilantik secara peminjaman adalah seperti berikut: (a) peminjaman ke skim perkhidmatan dan gred jawatan yang sama atau setaraf . Contoh kaedah penetapan gaji adalah seperti di Lampiran UP.1.2.2(A), Lampiran UP.1.2.2(B), Lampiran UP.1.2.2(C) dan Lampiran UP.1.2.2(D) ; dan (b) peminjaman ke gred jawatan yang lebih tinggi . Contoh kaedah penetapan gaji adalah seperti di Lampiran UP.1.2.2(E), Lampiran UP.1.2.2(F), Lampiran UP.1.2.2(G) dan Lampiran UP.1.2.2(H) . 11. Bagi peminjaman ke agensi swasta, agensi antarabangsa atau pihak berkuasa berkanun yang tidak menggunakan sistem saraan Kerajaan, gaji permulaan yang ditawarkan hendaklah berdasarkan prinsip tidak kurang baik ( no less favourable ) daripada emolumen di gred jawatan hakiki dengan mengambil kira insentif peminjaman mengikut gred jawatan hakiki berasaskan kaedah pengiraan berikut: Gaji peminjaman* = Emolumen di gred jawatan hakiki pegawai** + Insentif peminjaman mengikut gred jawatan hakiki pegawai * Gaji peminjaman yang akan ditawarkan kepada pegawai hendaklah mengambil kira elemen cukai pendapatan yang akan dikenakan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy