Pelantikan

 66 UP.1.2.2 ** Emolumen meliputi segala saraan yang dibayar kepada seseorang pegawai termasuk gaji pokok, imbuhan tetap, bayaran insentif dan elaun bulanan lain. 12. Penetapan gaji peminjaman bagi pegawai yang dilanjutkan tempoh peminjaman adalah seperti berikut: (a) berdasarkan gaji yang diterima di gred jawatan pinjaman terakhir. Contoh kaedah penetapan gaji adalah seperti di Lampiran UP.1.2.2(I); atau (b) bagi pegawai yang dibayar gaji hakiki dan insentif peminjaman dalam tempoh peminjaman berikutan jumlah gaji yang boleh diselaraskan melebihi gaji maksimum gred jawatan pinjaman, gaji peminjaman adalah berdasarkan gaji hakiki dan insentif peminjaman tersebut. Contoh kaedah penetapan gaji adalah seperti di Lampiran UP.1.2.2(J). Pergerakan Gaji Tahunan 13. Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) pegawai di gred jawatan hakiki dan pinjaman adalah berdasarkan penilaian prestasi pegawai di jawatan pinjaman. Agensi peminjam hendaklah mengemukakan LNPT pegawai bagi tujuan penentuan PGT oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) di agensi pembekal. Selaras dengan keputusan PPSM tersebut, pergerakan gaji tahunan pegawai di gred jawatan hakiki akan diselaraskan secara isyarat oleh agensi pembekal, manakala pembayaran gaji di gred jawatan pinjaman akan dibuat oleh agensi peminjam. 14. Pegawai yang dipinjamkan ke agensi swasta, agensi antarabangsa atau pihak berkuasa berkanun yang tidak menggunakan sistem saraan Kerajaan, PGT pegawai di jawatan pinjaman ditentukan oleh agensi tersebut, manakala PGT pegawai di gred jawatan hakiki diberi secara isyarat berdasarkan penilaian prestasi pegawai di jawatan pinjaman. Penetapan Gaji Peminjaman Bagi Pegawai Yang Dinaikkan Pangkat Di Jawatan Hakiki Dalam Tempoh Peminjaman 15. Pegawai yang dinaikkan pangkat di gred jawatan hakikinya semasa tempoh peminjaman, tempoh peminjaman pegawai yang sedang berkuat kuasa hendaklah dipendekkan mulai tarikh surat penyiaran kenaikan pangkat dikeluarkan. Jika

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy