Pelantikan

 65 UP.1.2.2 Perkhidmatan / Agensi Rujukan Perkhidmatan Awam (selain daripada SPRM, ATM, PDRM dan APMM) Jadual 1 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jadual 2 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jadual 3 Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jadual 4 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Jadual 5 10. Contoh penetapan gaji permulaan pegawai yang dilantik secara peminjaman adalah seperti berikut: (a) peminjaman ke skim perkhidmatan dan gred jawatan yang sama atau setaraf. Contoh kaedah penetapan gaji adalah seperti di Lampiran UP.1.2.2(A), Lampiran UP.1.2.2(B), Lampiran UP.1.2.2(C) dan Lampiran UP.1.2.2(D); dan (b) peminjaman ke gred jawatan yang lebih tinggi. Contoh kaedah penetapan gaji adalah seperti di Lampiran UP.1.2.2(E), Lampiran UP.1.2.2(F), Lampiran UP.1.2.2(G) dan Lampiran UP.1.2.2(H). 11. Bagi peminjaman ke agensi swasta, agensi antarabangsa atau pihak berkuasa berkanun yang tidak menggunakan sistem saraan Kerajaan, gaji permulaan yang ditawarkan hendaklah berdasarkan prinsip tidak kurang baik (no less favourable) daripada emolumen di gred jawatan hakiki dengan mengambil kira insentif peminjaman mengikut gred jawatan hakiki berasaskan kaedah pengiraan berikut: Gaji peminjaman* = Emolumen di gred jawatan hakiki pegawai** + Insentif peminjaman mengikut gred jawatan hakiki pegawai * Gaji peminjaman yang akan ditawarkan kepada pegawai hendaklah mengambil kira elemen cukai pendapatan yang akan dikenakan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy