Pelantikan

 64 UP.1.2.2 (b) jika peminjaman pegawai dibuat ke gred jawatan setara yang mempunyai dua (2) Peringkat Gaji (P1 dan P2) sahaja, contohnya daripada Gred 43 kepada Gred 44 atau Gred 47 ke Gred 48 atau Gred 51 ke Gred 52, penetapan gaji pegawai adalah seperti berikut: (i) pada gaji yang ditetapkan mengikut prinsip di perenggan (a)(i) jika gaji di gred jawatan hakiki berada di P1 atau (a)(ii) jika gaji di gred jawatan hakiki berada di P2; atau (ii) pada gaji terhad di P2 gred jawatan pinjaman dengan mengambil kira jumlah gaji yang boleh diselaraskan jika gaji di gred jawatan hakiki berada di P3. Sekiranya jumlah gaji yang boleh diselaraskan melebihi gaji maksimum di P1 atau P2 gred jawatan pinjaman, pegawai akan dibayar gaji hakiki dan insentif peminjaman mengikut gred jawatan hakiki. (c) jika peminjaman pegawai dibuat ke gred jawatan yang lebih tinggi daripada gred jawatan hakiki, penetapan gaji permulaan hanya boleh dibuat pada gaji terhad di P1 gred jawatan pinjaman. Sekiranya jumlah gaji yang boleh diselaraskan melebihi gaji maksimum di P1 gred jawatan pinjaman, pegawai akan dibayar gaji hakiki dan insentif peminjaman mengikut gred jawatan hakiki. 8. Jumlah gaji yang boleh diselaraskan bermaksud satu jumlah gaji yang diperoleh dengan cara mencampurkan gaji hakiki akhir pegawai yang diterima sehari sebelum tarikh kuat kuasa peminjaman dengan insentif peminjaman mengikut gred jawatan hakiki. Kaedah pengiraan adalah seperti berikut: Jumlah gaji yang boleh diselaraskan = Gaji hakiki akhir pegawai sehari sebelum kuat kuasa peminjaman + Insentif peminjaman mengikut gred jawatan hakiki pegawai 9. Kadar insentif peminjaman ditentukan mengikut gred jawatan hakiki pegawai dan tidak berdasarkan gred jawatan pinjaman. Insentif peminjaman tidak diambil kira bagi tujuan pengiraan faedah persaraan. Kadar insentif peminjaman adalah seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy