Pelantikan

 61 CERAIAN UP.1.2.2 DASAR BARU PELANTIKAN SECARA PEMINJAMAN, PERTUKARAN SEMENTARA DAN PERTUKARAN TETAP TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai dasar baru pelantikan secara peminjaman, pertukaran sementara dan pertukaran tetap yang meliputi syarat peminjaman dan pertukaran sementara serta kaedah penetapan gaji permulaan. LATAR BELAKANG 2. Dasar dan prosedur pelantikan secara peminjaman, pertukaran sementara dan pertukaran tetap dijelaskan melalui Ceraian UP.1.2.1: Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap. 3. Selaras dengan keputusan Kerajaan mengekalkan Sistem Saraan Malaysia dengan struktur gaji baru berdasarkan Jadual Gaji Minimum-Maksimum, terdapat keperluan untuk menyelaras kaedah penetapan gaji permulaan bagi pegawai yang dilantik secara peminjaman, pertukaran sementara dan pertukaran tetap serta memperkemas syarat peminjaman dan pertukaran sementara. Penggunaan Istilah "Peminjaman" 4. Bagi maksud penjelasan dalam Ceraian ini hanya istilah peminjaman atau pinjaman digunakan yang juga merujuk kepada urusan pertukaran sementara atau tukar sementara. Istilah pertukaran sementara atau tukar sementara akan digunakan sekiranya rujukan khusus perlu dibuat kepada istilah tersebut.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy