Perlantikan

 308 Lampiran S CONTOH SYARAT PERTUKARAN TETAP KE JAWATAN YANG DISANDANG SECARA PEMINJAMAN/ PERTUKARAN SEMENTARA 1. Nama Jawatan : Tuan ditawarkan pertukaran tetap ke jawatan …………………………………………………………….. 2. Gred Jawatan : …………………………………………………………….. 3. Skim Perkhidmatan : …………………………………………………………….. 4. Gaji Permulaan : RM………….sebulan (P…T…dalam Jadual Gaji Gred ....) iaitu gaji akhir di jawatan pinjaman. 5. Tarikh Pergerakan Gaji : Dalam tempoh pertukaran tetap, tuan boleh dipertimbangkan Pergerakan Gaji Tahunan pada tarikh yang sama dengan Tarikh Pergerakan Gaji semasa dalam tempoh peminjaman. 6. Syarat Pengesahan Dan Tempoh Percubaan : Tuan akan dikecualikan daripada syarat pengesahan dan tempoh percubaan. Walau bagaimanapun untuk tujuan faedah persaraan, tuan perlu disahkan dalam perkhidmatan baru pada bila-bila masa tidak lewat daripada tempoh enam (6) bulan selepas ditukar tetap. 7. Hak Pencen Bagi Pegawai Yang Ditukar Tetap Ke Agensi Awam : Jika tuan telah diberi taraf pekerja berpencen, hak pencen tuan adalah terjamin dengan syarat tuan diberi pelepasan dengan izin oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan asal tuan. Tempoh perkhidmatan tuan semasa berkhidmat secara pertukaran tetap di agensi peminjam boleh dimasukira untuk tujuan faedah persaraan, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang pencen yang berkuat kuasa. 8. Kekananan : Kekananan tuan di agensi yang baru akan ditetapkan oleh PBM agensi peminjam. 9. Menyelesaikan Segala Tanggungan : Tuan bertanggungjawab menyelesaikan segala tanggungan seperti bayaran balik pinjaman dan ikatan perjanjian biasiswa, jika ada, sebagaimana yang termaktub dalam (Dibatalkan oleh Lampiran UP.1.2.2(N))

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy