1-7 BAHAGIAN I DEFINISI DAN DASAR PELANTIKAN Definisi 1. Dalam Ceraian ini: “agensi” atau “agensi awam” bermaksud kementerian, jabatan Kerajaan (Persekutuan dan Negeri), Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) atau Pihak Berkuasa Tempatan; “ahli keluarga” bermaksud bagi pasangan pegawai (suami/ isteri) dan anakanak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai iaitu anak kandung, anak tiri atau anak angkat yang diambil mengikut undang-undang di bawah umur 18 tahun atau sekiranya masih bersekolah di bawah umur 21 tahun. Bagi anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had umur ini tidak akan dipakai; “calon” bermaksud seseorang, sama ada warganegara (termasuk pesara) atau bukan warganegara termasuk Penduduk Tetap (PR), yang dipertimbangkan untuk dilantik secara kontrak berkhidmat dengan mana-mana agensi awam; “gaji” bermaksud gaji pokok yang ditawarkan/ diterima mengikut Jadual Gaji Matriks; “gaji akhir” bermaksud: (i) bagi pesara, gaji hakiki bulanan yang akhir diterima sehari sebelum pegawai bersara dan bukan gaji yang telah diselaraskan untuk tujuan pencen berikutan perubahan gaji yang diputuskan oleh Kerajaan; dan
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy