Pelantikan

 1-62 65. Dalam konteks pengecualian ini, pegawai yang diluluskan peminjaman, pertukaran sementara dan pertukaran tetap yang diberi pengecualian akan mengalami implikasi seperti Lampiran W. Pengecualian syarat-syarat dan implikasi lain akan diputuskan dari semasa ke semasa. 66. Ceraian ini tidak terpakai kepada urusan peminjaman bagi Pegawai Tugas-tugas Khas, Setiausaha Sulit Kanan, Setiausaha Sulit atau Setiausaha Akhbar kepada Menteri dan Timbalan Menteri. Walau bagaimanapun, dari segi dasar peminjaman ke gred lebih rendah yang tidak dibenarkan, peraturan menduduki Penilaian Tahap Kecekapan, Pihak Berkuasa Tatatertib bagi pegawai yang melakukan salah laku semasa dalam tempoh peminjaman, pihak yang membuat penilaian prestasi atau perkara lain yang tidak dinyatakan dalam Ceraian berkaitan adalah tertakluk kepada Ceraian ini.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy