Pelantikan

 1-61 BAHAGIAN VIII PELBAGAI Rekod Perkhidmatan 61. Rekod Perkhidmatan pegawai hendaklah diselenggarakan dan disimpan oleh Ketua Perkhidmatan agensi pembekal. Agensi peminjam hendaklah memaklumkan kepada Ketua Perkhidmatan agensi pembekal mengenai perubahan dan butiran baru yang perlu direkodkan. Bagi pertukaran tetap, rekod perkhidmatan pegawai hendaklah diserahkan kepada Ketua Perkhidmatan baru. Pemantauan 62. Setiap agensi yang menguruskan pelantikan secara peminjaman, pertukaran sementara dan pertukaran tetap hendaklah mengemukakan maklumat setiap tiga (3) bulan kepada BK, JPA tidak lewat daripada minggu pertama bulan April, Julai, Oktober dan Januari tahun berikutnya dengan menggunakan format seperti Lampiran V, V1, V2 dan V3. 63. JPA akan membuat naziran ke agensi awam bagi menentukan pelantikan yang dibuat adalah mematuhi peraturan yang ditetapkan. Pengecualian 64. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Ceraian ini hendaklah dirujuk kepada BK, JPA bagi mendapatkan pertimbangan dan kelulusan KPPA.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy