Pelantikan

 1-53 (g) tempoh perkhidmatan hakiki boleh diambil kira bagi tujuan melayakkan pegawai mendapat kemudahan yang berkaitan dengan tempoh perkhidmatan seperti Cuti Rehat, Cuti Haji dan pinjaman. Pegawai juga layak membawa Cuti Rehat yang telah dikumpulkan di jawatan hakiki untuk tujuan Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR); (h) pegawai yang ditukar tetap ke agensi awam yang tertakluk kepada manamana undang-undang pencen, tempoh perkhidmatan lepas boleh diaggregat dengan tempoh perkhidmatan di agensi peminjam untuk tujuan pemberian faedah persaraan; (i) pertukaran tetap hendaklah mendapat kelulusan PBM agensi peminjam; (j) tarikh kuat kuasa pertukaran tetap adalah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh PBM yang tidak boleh lebih awal daripada tarikh PBM berkenaan membuat keputusan. Bagi pegawai yang akan bersara dalam tempoh peminjaman, tarikh kuat kuasa pertukaran tetap hendaklah selewatlewatnya satu (1) hari sebelum tarikh pegawai bersara dengan syarat pegawai telah dipinjamkan sekurang-kurangnya satu (1) tahun; (k) kekananan pegawai akan ditentukan oleh agensi peminjam; (l) pegawai yang dipinjamkan ke jawatan kenaikan pangkat jika ditukar tetap ke jawatan tersebut, pegawai tidak perlu memenuhi syarat kenaikan pangkat termasuk lulus PTK atas gred jawatan berkenaan; (m) pegawai dan Ketua Perkhidmatan agensi pembekal/ agensi peminjam bertanggungjawab memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Pencen mengenai pertukaran tetap sekiranya pegawai telah diberi taraf berpencen; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy