Pelantikan

 1-51 BAHAGIAN VII PERTUKARAN TETAP KE AGENSI AWAM 55. Pertukaran tetap adalah merupakan satu kaedah pelantikan secara tetap pegawai yang sedang dipinjamkan ke jawatan yang disandang di agensi peminjam tertakluk kepada syarat-syarat pertukaran tetap. Syarat Pertukaran Tetap 56. Pelantikan secara pertukaran tetap boleh diurus berpandukan kepada syaratsyarat berikut: (a) pertukaran tetap hendaklah dibuat atas jawatan dan gred jawatan pinjaman yang disandang. Walau bagaimanapun, pertukaran tetap ke jawatan lain tetapi dalam skim perkhidmatan dan gred jawatan yang sama dengan jawatan pinjaman yang disandang di agensi peminjam boleh dipertimbangkan atas kepentingan perkhidmatan agensi peminjam. Pertukaran tetap ke skim perkhidmatan selain daripada skim perkhidmatan yang pegawai dipinjamkan di agensi peminjam tidak dibenarkan; (b) salah satu pihak, iaitu sama ada agensi peminjam, agensi pembekal atau pegawai boleh memohon atau mencadangkan pertukaran tetap ke jawatan pinjaman yang disandang tertakluk pegawai memenuhi syarat lantikan ke skim perkhidmatan jawatan pinjaman. Tindakan seterusnya hanya boleh diambil jika cadangan itu dipersetujui oleh ketiga-tiga pihak tersebut; (c) pertukaran tetap hanya boleh dipertimbangkan selepas satu (1) tahun peminjaman dan jika pertukaran tetap diluluskan, pegawai dikecualikan daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan dan tempoh percubaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy